2003
Prasekolah pertama dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada januari 2003. Ia dibina di tapak padang sekolah.Bangunan yang siap dibina mengandungi 2 bilik darjah kemasukkan murid ke prasekolah ini tergolong daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhanaPada awal kemasukkannya murid telah dipilih seramai 50 orang yang terdiri daripada 24 orang murid lelaki dan 26 orang murid perempuan
Guru besar yang mempelopori prasekolah pada ketika itu ialah Pn Hjh Kamariah bt Md Yusof. Manakala guru prasekolah ialah En. Izwar Fahmi dan Pn. Rusnita KaldinBangunan prasekolah ini telah dirasmikan oleh yang dipertua PIBG SK Seksyen 19 iaitu En Hashim b. Anang
2010
Memandangkan permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat, kementerian telah memberi peruntukkan untuk membina sebuah lagi kelas prasekolah. Kelas prasekolah ini siap dibina pada akhir tahun 2009 dan mula beroperasi pada januari 2010. Kelas ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menjamin keselesaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Bilangan murid prasekolah pada tahun ini telah meningkat kepada 75 orang dan mempunyai tongak utama iaitu 3 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid.