Suasana Di Prasekolah

MINI PERMATA NILAM

Diwujudkan bagi memberi peluang serta ruang kepada murid prasekolah membaca buku secara terancang. Bagi buku-buku cerita yang dibaca murid hendaklah direkodkan dalam buku NILAM. Buku-buku cerita dan ilmiah adalah sumbangan PEWARIS. Murid menggunakan Mini Perpustakaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

GELANGANG SUKAN

Mempunyai dua gelangang iaitu mini futsal dan mini bola jaring, gelangang ini dibuat oleh guru lelaki SKS 19. Selain itu juga gelangang ini digunakan untuk latihan sukaneka atau tunjang fizikal (motor kasar). Dibina dengan kerjasama guru prasekolah dan guru SKS 19. Mural dilukis mengikut tema-tema yang terdapat dalam Rancangan tahunan, setiap mural dilekatkan perkataan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab, untuk mengalakkan pengilibatan dan penggunaan murak ini setiap murid dikehendaki mencatat perkataan mengikut tema yang diajar. Satu program telah diwujudkan iaitu "Program Dimanakah Saya".

LALUAN AL-FIRDAUSI

Merupakan sumbangan daripada orang perseorangan, dibina bagi mengelakkan murid daripada panas atau hujan disamping bagi menceriakan lagi prasekolah kami. Dipenuhi pelbagai info dan bunga-bungaan bagi menwujudkan suasana seperti disebuah taman.

TAMAN PERMAINAN

Kelengkapan yang disediakan bersesuaian dengan tahap perkembangan murid prasekolah, semua kelengkapan disediakan oelh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Taman ini diwujudkan bagi memberi peluangkepada murid untuk beriadah, disamping dapat memperaktikkan sebahagian tunjang fizikal yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

ANJUNG KRAF

Ruangan ini dwujudkan bagi membolehkan murid melakukan aktiviti Estetika dan Kreatif, ruangan ini juga dilengkapi dengan pelbagai warna dan peralatan muzik bagi memidahkan murid dan juga guru untuk Slot kreativiti dan Muzik.

BOTANICAL GARDEN

Dibina [ada tahun 2009 bagi memberi peluang kepada murid prasekolah mengenali  pelbagai jenis herba. Pokok herba yang terdapat di taman ini adalah sebahagiannya adalah sumbangan PEWARIS dan sebahagiannya lagi di beli dipasaran. Setiap pokok dilabelkan mengikut nama saintifik dalam Bahasa Melayu. Botanical garden ini juga dijadikan sebagai salah satu tempat murid mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik.

RUANGAN BERWUDUK

Setiap kelas mempunyai ruangan berwuduk, mmurid diajar cara mengambil dengan betul dan memperaktikkan dengan bimbingan guru kelas mereka.

MURIDKU KREATIF

Sudut ini diwujudkan bagi mempamerkan hasil kreativiti murid ketiga-tiga kelas, sudut ini juga terletak bersebelahan mini perpustakaan. Segala bahan pameran akan ditukar sekali sebulan mengikut beberapa kombinasi tema dalam bulan tersebut., kewujudan sudut ini memberi peluang kepada ibubapa untuk melihat hasil kerja anak-anak mereka.

LAMAN SHAH ANGGERIK

Laman ini diwujudkan hasil dari perbincangan dengan pihak pentadbirdan guru prasekolah. Bungan orkid disumbangkan oleh pihak individu tertentu serta usaha guru besar bagi mendapatkan sumbangan dari pihak MBSA. Proses pembajaan dan penyiraman serta penjagaan dilakukan oleh Pembantu pengurusan murid (PPM) bersama-sama dengan murid.

BUMI HIJAU

Diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang penjagaan alam sekitar. Selain itu juga memberi pendedahan kepada murid untuk melihat proses tumbesaran pokok, setiap kelas akan menanam pokok pada batas-batas yang telah disediakan dan ditetapkan, penjagaan dilakukan mengikut kelas masing-masing dan di pantau oleh guru serta PPM.Proses menanam, membaja,meracun, menyiram dan memetik dilakukan mengikut keperluan semasa.

MINI ZOO

Pembinaan mini zoo adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada murid untuk mengenali haiwan dan habitat haiwan jinak berdasarkan pemerhatian mereka, mini zoo mula beroperasi sepenuhnya pada Feb 2011 dan sebilangan besar haiwan disumbangkan oleh guru, pekerja sekolah, pihak individu dan PEWARIS. Segala pengurusan di zoo diuruskan oleh guru dan PPM. Murid dapat melihat perkembangan haiwan di zoo mengikut jadual yang telah ditetapkan.

TAMAN SAUJANA (AIR TERJUN) 

Mula dibina pada Dis 2010 dan siap pada awal Mac 2011, pembinaan air terjun ini adalah cetusan idea Guru Besar SKS 19  iaitu Pn Hjh Kamariah Bt Abdullah. Sebahagian bahan binaan didapati dari [ersekitaran sekolah contohnya batu-batu besar dan sebahagian pasir yang disumbang oleh individu tertentu.Manakala ikan serta makanan ikan dan perjagaan kolam dilakukan oleh guru, PPM dan murid mengikut jadual yang ditetapkan.

TERATAK SELERA

Teratak selera dibina bagi memudahkan murid makan di tempat yang selesa dan makan di tempat yang dikhaskan dan menwujudkan suasana yang lebih sistematik. Murid akan makan mengikut jadual yang ditetapkan dan secara bergilir-gilir. 

PONDOK ILMU 

Pondok ilmu ini adalah untuk murid mendapat maklumat informasi tentang Botanical Garden.Segala maklumat mengenai khasiat dan kegunaan setiap herba diletakkan di pondok ini.

RUANG BESTARI

Ruang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi setiap kelas, setiap slot (Morning circle) murid akan berada di ruang ini untuk membuat aktiviti mengikut tema pada setiap minggu. ruangan ini diletakkan carpet dan pelbagai bahan bantu mengajar bagi memudahkan guru dan murid untuk menggunakakannya.